mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan-Puan Fatimah Bt Abd Aziz

27858369 1865517143493042 507603499115418814 n

Fatimah Bakery ( Menjual Pelbagai Jenis Roti) 

 

Nama                        : Puan Fatimah Bt Abd Aziz

Umur                        : 56 tahun

Ahli                           2010

 

Latar belakang

Puan Fatimah merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mula menceburkan diri dalam bidang tersebut pada tahun lepas 2017 selepas beliau sendiri mencuba membuat roti tersebut hanya untuk makan-makan sendiri sahaja. Tambahan pula, minat yang mendalam dalam perniagaan pembuatan roti ini sangat disokong sepenuhnya oleh suami dan anak-anak beliau kerana mendapat maklumbalas yang positif daripada sanak saudara yang selalu mengatakan rotinya sedap dan boleh dipasarkan untuk jualan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Penglibatan beliau menjadi ahli pusat internet  sudah agak lama iaitu sebulan setelah Pusat Internet Felda Tenang ini dibuka pada Mei 2010. Beliau juga selalu mengikuti kursus pengkomputeran dan sentiasa bergiat aktif mengikuti segala program atau aktiviti yang pihak pusat internet anjurkan. Dengan adanya Pusat Internet Felda Tenang ini membuatkan beliau untuk terus belajar tentang cara-cara mempromosikan perniagaannya dan pernah cuba belajar membuat video usahawan pusat internet . Pembabitan beliau yang serius dalam pembuatan roti bermula pada Januari 2018 ini. Sebelum memulakan perniagaan ini pendapatan beliau hanya di dalam RM 500.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas/ latihan/program keusahawanan dan kelas asas komputer dan aplikasi sosial yang dipelajari serta dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Tenang, beliau kini telah dikatakan telah mahir dalam bidang ict dan memiliki facebook dan laman media sosial sendiri serta dapat memasarkan roti melalui whatsapp dan facebook. Malahan pendapatan beliau mulai meningkat ke 100% sehingga mencecah RM 1000.00 ke RM 1200.00 sebulan.