mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan-Nismala Talib

nismala

Jualan Kuih Muih Sejuk Beku 

Nama              :     Nismala Bt Talib

Umur              :     56

Ahli                 :     2011

 

Latar belakang

Pn Nismala Talib merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mula menceburkan diri dalam bidang ict pada tahun 2014 dan menjadi ahli Pusat Internet Felda Tenang pada tahun 2011.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Felda Tenang beliau banyak bertanya untuk belajar mendalami tentang pelajaran pengkomputeran .Beliau tidak mempunyai asas dalam bidang ict. Minatnya yang semakin mendalam untuk belajar asas ict dan dan desakan hati dan keinginan untuk membentuk taraf hidup yang lebih baik dan terjamin beliau mula menjadi ahli pada Nov 2011 dengan mula belajar di Kelas keusahawanan (KPBU). Sejak itu, beliau mula aktif dalam semua aktiviti atau kelas/program yang Pusat Internet Felda Tenang anjurkan. Pada mulanya, pendapatan beliau hanya di dalam RM 500.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas asas komputer yang dipelajari dan dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tenang, beliau kini telah dikatakan telah mampu menaip dan mencari sesuatu bahan atau maklumat melalui carian google serta pandai membuat segala dokumentasi sendiri. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan seperti Ketua Blok Felda Tenang. Dan dengan semangat untuk terus berjaya Puan Nismala kini telah berjaya menjadi salah seorang ejen/penjual kuih muih sejuk beku di sini. Kejayaan ini menjadikan pendapatan beliau meningkat 100% sehingga mencecah Rm 1000.00 ke RM 1100.00 sebulan.