Tarikh : 14 September 2018 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah/Menengah |
Tujuan
Program ini memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar sekolah untuk memperoleh pengetahuan tentang kepentingan Awal Muharam dalam kalendar Islam. Di samping itu, program ini diadakan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang lebih berfaedah sekali gus mendapat ilmu yang bermanfaat yang telah disalurkan melalui tiga video ceramah agama yang telah dipaparkan kepada mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah menonton tiga video ceramah agama iaitu, Awal Muharam, Kelebihan Beristigfar dan Kejayaan. Selain itu, mereka juga berpeluang menjawab kuiz berdasarkan soalan-soalan tentang video yang telah dipertonton kepada meraka dan permainan kahoot yang mampu memberi ilmu baharu kepada mereka.