|
Tarikh : 14 Oktober 2018 (Ahad) Masa : 8:00 pagi – 1:00 petang Tempat : Sekolah Kebangsaan Sawah Bahru Peserta : pengunjung program |
Tujuan
Program ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri yang perlu dititik beratkan bermula dari sekolah rendah. Selain itu, program ini juga penting untuk menggalakkan persaingan sihat antara murid dan orang awam di zon Tenang. Di samping itu, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang keberadaan Pusat Internet di Felda Tenang dan mengeratkan hubungan serta kerjasama antara agensi kerajaan termasuk pihak sekolah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah mempelawa pengunjung dan warga sekolah untuk menjadi ahli Pusat Internet dengan membuat pembayaran sebanyak RM 5.00 seumur hidup, download dashboard komuniti dan memaklumkan tentang kelebihan yang bakal dinikmati oleh mereka. Selain itu, mereka juga berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk mengetahui tahap kandungan gula dalam darah, tekanan darah, berat badan dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga ditawarkan untuk menyertai pertandingan susun puzzle selama 1 minit dan berpeluang memenangi hadiah menarik dari pihak Pusat Internet.