|
Tarikh : 4 November 2018 (Ahad) Masa : 4:00 petang – 5:00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Pelajar sekolah rendah dan menengah |
Tujuan
Program ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepelbagaian perayaan dan kebudayaan di Malaysia. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mengasah bakat seni mewarna secara dalam talian kepada peserta program ini.
Aktiviti
Aktiviti yang dilakukan adalah pertandingan mewarna lukisan yang berkaitan dengan simbolik perayaan Deepavali mengikut kreativiti mereka. Pemenang bagi pertandingan mewarna ini dipilih berdasarkan kreativiti dan kesinambungan warna yang dipilih dalam lukisan tersebut.