|
Tarikh : 11 November 2018 (Ahad) Masa : 8:30 pagi – 1:00 petang Tempat : Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas Peserta : Murid dan pengunjung program |
Tujuan
Program yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang keberadaan Pusat Internet di Felda Tenang dan mengeratkan hubungan serta kerjasama antara agensi kerajaan termasuk pihak sekolah. Di samping itu, program ini juga dilakukan untuk menyemai semangat kepimpinan bagi setiap badan beruniform, kelab dan persatuan dalam mengendalikan sesebuah program di sekolah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah pendaftaran ahli baru di Pusat Internet dan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak (KDB). Selain itu, pengunjung juga berpeluang memuat turun aplikasi dashboard komuniti, membuat pemeriksaan kesihatan dan bermain permainan puzzle.