mcmc
Kisah Kejayaan

Celik ICT – Muhammad Shahrul Hairey bin Irwan

Q4 CELIK IT HAIREY 3

 Komuniti Pintar

 Nama                       : Muhammad Shahrul Hairey bin Irwan

 Umur                        : 14 tahun

 Ahli                          : 2014


 

Latar belakang

Saudara Shahrul ialah seorang pelajar Tingkatan 2 yang berasal daripada Felda Tenang. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang sangat aktif dalam setiap program yang dianjurkan. Beliau juga sering melibatkan diri dengan permainan pendidikan, Kahoot, English Central, colouring online, dan sebagainya yang diadakan di Pusat Internet Felda Tenang. Beliau juga sering memberikan pandangan tentang segala aktiviti yang diadakan dan memberikan cadangan yang terbaik untuk aktiviti yang akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli Pusat Internet beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus tentang ICT, dan hanya bergantung pada pembelajaran di sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti kelas asas komputer yang dianjurkan dan bimbingan oleh Pusat Internet Felda Tenang, kini beliau telah mampu menaip dan menggunakan pelbagai kaedah untuk memudahkan proses pembelajarannya.

 

    Q4 CELIK IT HAIREY 5