Tarikh : 20 Februari 2019 Masa : 8:45 pagi Tempat : Masjid An-Nur Felda Tenang Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program gotong-royong ini bertujuan untuk menceriakan dan membersihkan kawasan sekitar masjid. Sehubungan itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara Ahli Jawatan Kuasa Masjid, kakitangan pejabat, Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Belia Felda Tenang dengan penduduk Felda Tenang. Melalui program ini juga, dapat memupuk semangat cinta akan masjid dan mengamalkan sikap menjaga kebersihan masjid An-Nur Felda Tenang.
Aktiviti
Program ini dijalankan secara efisien dan pembahagian tugas yang teratur dapat memastikan persekitaran masjid kemas dan bersih secara menyeluruh. Antara aktiviti yang dilakukan ialah mengecat dinding masjid, mengelap tingkap, menyapu sampah keliling masjid, mengemop lantai, susun atur semula Al-Quran, Surah Yassin dan buku, menyuci tandas dan sebagainya.