mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan-Nor Hafiz Bin Othman

Q1 03

Perniagaan Burger Homemade

Nama                      :  Nor Hafiz Bin Othman

Umur                       : 39 tahun

Ahli                          2010

 

Latar belakang

Encik Nor Hafiz merupakan seorang anak jati Felda Tenang. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Pengalaman bekerja selama lebih lima tahun di beberapa buah syarikat/kilang telah menguatkan semangat untuk mengorak langkah membuka perniagaan secara kecil-kecilan. Idea asal untuk membuka perniagaan ini adalah dari isterinya, Puan Nor Atikah yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa untuk menambah pendapatannya. Jadi, dengan semangat dan dorongan daripada isteri beliau telah menjadikan Nor Hafiz tekad untuk memulakan perniagaan Burger Homemade memandangkan belum sesiapa pun yang membuka perniagaan buger homemade di kawasan setempat. Perniagaan ini dijalankan di rumah beliau dengan berbekalkan modal kira-kira sebanyak RM 300.00.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pelanggan mereka ialah jiran-jiran terdekat dan sahabat handai. Pendapatan bulanan kira-kira 200.00-300.00 ringgit. Jumlah produk yang dihasilkan adalah sekitar 10-15 sehari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan beliau dalam PI, banyak perubahan yang diperoleh. Beliau menggunakan ilmu ICT dan perkomputeran yang dimiliki seperti berjaya membuat iklan tentang produk mereka sendiri. Beliau juga telah aktif mengiklankan produknya di laman sosial, Facebook dan Whatsapp serta dalam aplikasi Dashboard Komuniti Felda Tenang, misalnya Myshop. Pelanggan Burger Homemade juga telah meningkat kepada penduduk di sekitar Labis, Kampung Tenang, Pekan Air Panas, Sawah Baru dan sebagainya. Beliau juga menjalankan perkhidmatan penghantaran ke rumah-rumah pelanggan. Di samping itu, pendapatan beliau meningkat dua kali ganda dan jumlah peningkatan produk yang dihasilkan kira-kira 20-50 sehari telah menyuntik semangat beliau untuk terus berusaha mengembangkan perniagaan ini.

 

  Q1 01Q1 04  Q1 02

 

Video di sini