Tarikh : 6 Julai 2019 (Sabtu) Masa : 10:00 pagi- 1:00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Pengunjung program |
Tujuan
Program ini dilakukan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk menjana pendapatan sampingan dengan produk Hai-O. Selain itu, peserta juga diberi peluang untuk memandu uji kereta Proton Persona yang dibawa khas oleh pihak Proton Segamat ke Pusat Internet Felda Tenang. Seterusnya, pengunjung berpeluang untuk mendengar taklimat Advokasi Sebenarnya.my oleh Pengurus Pusat Internet untuk mengalakkan membuat pemeriksaan maklumat yang diterima melalui media sosial sama ada palsu atau benar di laman web Sebenarnya.my.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti telah dilakukan seperti memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon bimbit pengunjung, mempelajari My Komuniti di dashboard komuniti, taklimat Proton, taklimat STG Hai-O, kuiz proton, cabutan bertuah STG Hai-O, pameran dan pandu uji proton, jualan IKS Origina Dairy Farm dan Donut Bombuloni Viral, dan taklimat advokasi oleh Pengurus Pusat Internet di samping jamuan makan yang ditaja oleh pihak Proton Segamat.