Makanan basah – Tempe, aiskrim, roti puri, kuih- muih
|
Nama : Masitha binti Kamarudin Umur : 47 tahun
|
Latar belakang
Puan Masitha merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai 4 orang anak dan memulakan perniagaan semenjak tahun 2014. Melihat pendapatan yang lumayan yang mampu diperoleh daripada perniagaan, beliau gigih untuk berniaga makanan basah seperti roti puri, tempe, kuih – muih secara kecil-kecilan dengan hanya bermodalkan RM 200.00.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau sering mempromosikan produk kepada rakan-rakan terdekat dan saudara-mara yang rapat sahaja. Produk yang dijual juga tidak banyak, iaitu hanya menjual kuih muih sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT beliau telah mendapat pelbagai idea untuk meningkatkan lagi pendapatannya. Dengan penggunaan media social seperti Facebook, beliau melihat pelbagai jenis makanan basah yang boleh dijual dan mencubanya. Apabila melihat makanannya digemari ramai, beliau sering meuar-uarkan produknya di dalam Whatsapp status dan facebook sebagai medium untuk berniaga. Beliau juga bijak membina ayat untuk melariskan perniagaannya di dalam media social. Selain itu, beliau giat melibatkan dirinya di dalam program anjuran PI. Setelah melakukan promosi di media sosial, beliau sering mendapat tempahan daripada pihak sekolah dan orang awam. Keuntungan yang diperoleh juga meningkat kepada tiga kali ganda ,lebih kurang RM 600.00 daripada modal yang dikeluarkan.


