Pelajar IPT
|
Nama : Zikri Bin Shaari Umur : 18 tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Zikrry Shaari merupakan bekas pelajar SMK Kamarul Arifin. Beliau baru sahaja memasuki alam IPT empat (4) bulan yang lepas. Beliau sangat aktif dalam setiap program di dalam Felda Tenang khususnya program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Tenang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet pada 2014, beliau kurang mahir dalam pengetahuan ICT. Beliau selalu menulis surat rasmi dengan menggunakan tangan. Malah kertas kerja beliau yang pertama juga menggunakan tangan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun begitu, sejak beliau mengikuti kursus pengkomputeran dan sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan mengikuti segala program atau aktiviti yang pihak Pusat Internet anjurkan, surat rasminya telah berjaya beliau taip sendiri dan kertas kerjanya banyak menggunakan komputer. Beliau juga telah pandai menggunakan whatsapp web di desktop bagi memuatturun segala borang terutamnaya surat tawaran kolej yang telah beliau perolehi. Dan sekarang beliau telah pun berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma perhotelan tajaan Felda selama 3 tahun.


