Biskut – Menerima tempahan biskut raya, florantine, sarang semut dan lain-lain
Dropship- Kosmetik Mary Kay
Nama : Nor Syakila Jamaludin Umur : 23 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Syakila merupakan seorang gadis yang berasal daripada Kampung Tenang. Beliau merupakan seorang pekerja di sebuah kedai makan di Labis dan membuat kerja sambilan di Pasar Mingguan di Labis. Minat akan dunia perniagaan, beliau telah memulakan perniagaan secara sambilan dengan menjual produk Mary Kay dan menerima tempahan kuih raya pada musim perayaan seperti, biskut sarang semut, florantine, dan lain-lain. Dengan bermodalkan RM200.00, beliau menggunakannya untuk memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan biskut dalam jumlah yang sedikit.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli Pusat Internet beliau kurang pendedahan tentang ICT. Selain itu, tempahan yang diterima adalah dari kenalan yang rapat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya pelbagai kemudahan di PI yang disediakan untuk usahawan antaranya kelas keusahawanan dan ICT serta program anjuran PI untuk usahawan/IKS. Oleh itu, beliau sering mengikuti aktiviti anjuran PI. Dengan tunjuk ajar tentang teknik atau medium yang boleh digunakan dalam media sosial seperti Instagram, facebook, Whatsapps, kini beliau menerima tempahan dari komuniti. Beliau juga bijak mengambil peluang dengan meletakkan produknya di kedai-kedai di sekitar Labis. Beliau juga sering datang ke PI untuk menggunakan kemudahan dan menghadiri kelas serta program anjuran PI. Dengan itu, peningkatan kemahiran dan kecekapan beliau dalam menguruskan urusan kerja dan perniagaannya, beliau mampu memperoleh keuntungan yang lumayan hasil daripada usaha kerasnya itu.