Nama : Sofiya Khayran binti Roslan Ahli : 2017 Umur : 26 tahun |
Latar belakang
Sofiya Khayran yang lebih dikenali sebagai Sofiya merupakan anak jati Felda Tenang. Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik. Beliau adalah seorang guru di Sekolah Agama daerah Segamat dan kini menyambung pembelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dalam bidang Pendidikan Islam peringkat Diploma.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli Pusat Internet beliau kurang pendedahan tentang ICT. Selain itu, beliau juga tidak pandai menggunakan teknologi terkini seperti E-mail, Whatsapp web dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas-kelas di Pusat Internet, beliau dapat mempelajari tentang ilmu perkomputeran dan ICT misalnya menaip dalam Microsoft Word dan Microsoft Power Point. Sehubungan itu, beliau juga sudah mahir dalam penghantaran maklumat atau dokumen melalui e-mail dan banyak lagi.