Dalam menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Malaysia, SKMM menggerakkan semua Pusat Komuniti Internet (PIK) sebagai pusat untuk membantu orang ramai, terutamanya warga tua yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Melalui usaha ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya proses vaksinasi dalam membantu Kerajaan memerangi wabak COVID-19.
Sehubungan itu, PIK Felda Tenang mengalu-alukan warga emas & komuniti sekitar untuk menjalankan tanggungjawab anda untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.
Kami sedia membantu!