Tajuk : Sambutan Hari Peneroka Peringkat Felda Tenang 2014
Tarikh : 13 Disember 2014 (Sabtu)
Tempat : Dewan Semai Bakti Felda Tenang
Sambutan ini dijayakan dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pengurusan Felda Tenang dan diserikan lagi dengan program khidmat masyarakat (program anak angkat) daripada pelajar UTHM Batu Pahat Johor.
Pihak Pusat Internet Felda Tenang mengambil peluang ini dengan mengadakan beberapa pertandingan mengikut peringkat umur seperti menaip terpantas (warga emas), Pertandingan The Jigsaw Puzzle Online (Belia), Pertandingan membuat poster menggunakan microsoft office word (pelajar sekolah rendah), Klik Dengan Bijak (KDB) untuk Pelajar UTHM.







































