mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Sha Hafshah Projek Kek)

shahafshah

Latar Belakang

Sha hafshah telah memulakan perniagaan sejak 5 tahun yang lepas bermula dari sambilan kerana bekerja sepenuh masa di Maybank cawangan Labis. Setahun yang lalu sha mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi ingin memenuhi pasaran keknya yang semakin popular dan laris dan kini membuat perniagaan sepenuh masa sambil membuat pengajian jarak jauh tentang kulinari di sebuah institusi pengajian swasta di Melaka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 dan adalah acara suka-suka sahaja, bagi memenuhi masa lapang beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tenang, beliau kini telah memiliki facebook,telegram, whtsapp dan blog serta page sendiri yang dapat mempromosikan kek dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.