mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Zarina Azarin

usahawanzarina

Latar belakang

Pn Zarina Azarin telah mula menceburkan diri dalam perniagaan atas talian pada awal 2010. Beliau juga telah mula menjual makanan seperti laksa, mee kari mengikut tempahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Tempahan makanan juga tidak banyak ketika itu sekitar 50 tempahan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan dan pengkomputeran yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tenang, beliau kini telah mahir dalam perniagaan dan memasarkannya di dalam facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau adalah meliputi dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut seperti Singapura. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.