mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Ainah Bt Abd Rahman

celikitainah

Latar belakang

Pn Ainah Bt Abdul Rahman merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mula menceburkan diri dalam bidang ICT pada tahun 2013 semenjak menjadi ahli Pusat Internet Felda Tenang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadi ahli pusat internet  beliau banyak bertanya untuk belajar mendalami tentang pelajaran pengkomputeran .Beliau tidak mempunyai asas dalam bidang ICT. Minatnya yang semakin mendalam untuk belajar asas ICT dan dan desakan anak dan taraf hidup yang tinggi beliau mula menjadi ahli pada Nov 2013 dan mula aktif dalam semua aktiviti atau kelas/program yang Pusat Internet Felda Tenang anjurkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas asas komputer yang dipelajari dan dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tenang, beliau kini telah dikatakan telah mampu menaip dan mencari sesuatu bahan atau maklumat melalui carian google serta pandai membuat segala dokumentasi sendiri. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan seperti Setiusaha Kumpulan AIM Felda Tenang.