mcmc
Laporan Aktiviti

Advokasi E-waste dan Check Your Label Bersama Pelajar Kolej Komuniti Segamat 2

  

 Tarikh      :      9 Oktober 2018 (Selasa)

 Masa        :      9:00 pagi – 11:00 pagi

 Tempat    :      Kolej Komuniti Segamat 2

 Peserta    :      Pelajar Kolej Komuniti Segamat 2

 

 Tujuan

Program ini dilakukan untuk memberi taklimat kepada pelajar tentang pendedahan membuang bahan elektronik yang sudah digunakan atau rosak ke tempat pembuangan yang betul. Pembuangan e-sisa dengan cara yang betul dapat membantu mengurangkan risiko pencemaran seterusnya menyelamatkan bumi. Bahan elektronik yang disarankan adalah seperti telefon, komputer dan bahan elektronik yang lain. Selain itu, taklimat check your label dapat membantu pelajar untuk mengetahui tahap ketulinan telefon pintar mereka. 

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan adalah pemberian taklimat tentang Pengenalan Pusat Internet, E-waste dan Check Your Label oleh petugas-petugas Pusat Internet di daerah Segamat. Selain itu, mereka juga berpeluang menyemak kesahihan Label MCMC dengan aplikasi yang disediakan. Di samping itu, mereka juga disajikan dengan permainan pendidikan iaitu, Kahoot yang berkaitan dengan Pusat Internet, E-waste dan Check Your Label.

Gambar di sini