|
Tarikh : 4 Oktober 2020 Masa : 3:00 petang hingga 4:00 petang Tempat : Bilik Gerakan GPW Felda Tenang Peserta : Wanita |
Tujuan
Advokasi dilakukan adalah untuk menghebahkan tentang maklumat palsu yang sedang menular di media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diberikan taklimat untuk mengenal pasti sama ada setiap berita yang diperoleh perlu disemak atau dinilai kebenarannya sebelum dikongsi. Di samping itu juga didedahkan dengan laman sesawang Sebenarnya.my untuk menyemak setiap kesahihan berita yang diperoleh. Aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas Pusat Internet dengan Pusat Internet Felda Tenang.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah advokasi Klik Dengan Bijak, kuiz klik dengan bijak dan setiap peserta diberikan risalah sebagai bahan bacaan.