Tarikh : 8 Disember 2019 Masa : 9:00 pagi – 1:00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Pengunjung |
Tujuan
Program ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan Mobile E-waste yang perlu dilupuskan dengan cara yang betul untuk mengelakkan pencemaran berlaku. Selain itu, pengunjung juga diberi kesedaran tentang Pusat Internet sebagai tempat pengumpulan e-sisa bahan elektrik dan elektronik. Seterusnya. pengunjung diberikan kelas asas solekan secara percuma dengan menggunakan produk Marykay. Kelas ini juga menggalakkan pengunjung untuk menceburi bidang perniagaan dengan adanya kelas keusahawanan diberikan sepanjang kelas ini berlangsung.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah taklimat advokasi Mobile E-waste, kuiz mobile e-waste, asas solekan dan penyampaian hadiah kepada pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz yang diberikan.