mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti Pusat Internet

AKTIVITI PUSAT INTERNET FELDA TENANG

 

        Selain menawarkan perkhidmatan penggunaan internet, Pusat Internet Felda Tenang juga turut menawarkan aktiviti kelas dan pembelajaran terbuka kepada semua golongan yang ingin menambah dan memantapkan penguasaan terhadap penggunaan komputer dan ICT. Kelas dan pembelajaran ini juga dijalankan mengikut kesesuaian masa dan kelapangan pelajar yang ingin mengikuti aktiviti ini. Kepada pelajar-pelajar yang berminat, mereka perlu mendaftar sebagai ahli PUSAT INTERNET (PI) Felda Tenang. Bayaran pendaftaran sebagai ahli  hanya sebanyak RM 5.00 sahaja untuk seumur hidup. Di samping itu, tiada sebarang bayaran tambahan dikenakan kepada pelajar sepanjang tempoh pembelajaran dan sehingga tamat proses pembelajaran.


Antara Latihan ICT yang disediakan adalah:

  • i )  Pengenalan asas komputer
  • ii)  Asas Internet
  • iii) Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • iv) Desktop Publishing seperti Microsoft Office
  • v)  Mencipta e-mail
  • vi) Kelas ICT sepanjang masa

 

 

AKTIVITI PUSAT INTERNET BERSAMA KOMUNITI

      Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk komuniti setempat sepanjang bulan Januari hingga June 2014 ini. Antara aktiviti yang telah mereka jalankan yang turut disertai oleh PI Felda Tenang adalah seperti Sambutan Hari Keluarga Pekan Air Panas, dan Kempen Mari Membaca Selama 10 Minit anjuran Perpustakaan Desa Felda Tenang. Kempen Mari Membaca ini telah dihadiri oleh pelajar Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang yang mana program ini memupuk minat membaca di kalangan komuniti. Selain itu Program Jalan Kaki 10,000 Langkah dan Pertandingan Karaoke anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Tenang telah diadakan pada bulan Mei 2014. Pada awal bulan Jun 2014 telah diadakan program J-Robik Dan Sukan Rakyat  yang sekali lagi dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Tenang.

 

       Pada tahun 2018 pula, Pusat Internet telah menganjurkan beberapa program bersama komuniti seperti Program Hari Bersama Komuniti yang telah dikunjungi oleh penduduk sekitar Felda Tenang dan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet yang telah dihadiri oleh penduduk setempat untuk bersama-sama memeriahkan program serta melakukan pelbagai aktiviti seperti mendengar taklimat kesihatan, pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan, sukaneka dan sebagainya. Program yang telah diadakan ini adalah hasil kerjasama Pusat Internet dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pejabat Felda Tenang, Persatuan Belia Felda Tenang, Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Pertubuhan Peneroka Felda Tenang dan komuniti setempat.

 


AKTIVITI PUSAT INTERNET – LATIHAN

Pusat Internet (PI) menawarkan latihan ICT secara PERCUMA kepada semua pengunjung yang mendaftar sebagai ahli PI.  Sepanjang pembukaan PI Felda Tenang, beberapa latihan dan bengkel telah dijalankan untuk menambah pengetahuan komuniti tentang dunia tanpa sempadan ini. Berikut merupakan latihan dan bengkel yang sedang dan akan dijalankan sepanjang tempoh tersebut :

    1.  BENGKEL DAN LATIHAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF TABIKA

    2.  BENGKEL DAN LATIHAN INTERNET MEMBUAT E-MAIL

    3.  BENGKEL DAN LATIHAN E-PEMBELAJARAN (ZOOM-A)

    4.  LATIHAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL, POWER POINT)

    5.  INTEL 

    6.  ADOBE PHOTOSHOP