BELIA HARAPAN BANGSA
Ziarah Kasih Ramadhan anjuran Persatuan Belia MBFM Felda Tenang
Tarikh : 31 Mei 2019 (Jumaat) Masa : 3:30 petang – 4.30 petang Tempat : Pusat Internet Felda Tenang (berkumpul) |
Tujuan
Ziarah Ramadhan merupakan satu tradisi/wadah perjuangan dalam membentuk satu persepsi baru kepada proses menghayati amalan dan suruhan Allah khususnya di dalam bulan Ramadhan. Ianya merupakan satu pengembaraan ke rumah-rumah yang terpilih membantu golongan yang kurang bernasib baik dan menyuburkan semangat kesukarelawan di kalangan umat Islam bersesuaian dengan pengikhtirafan bahawa Ramadhan adalah bulan simpati dan bulan kesabaran.
Program ini diharapkan akan memberi impak positif bukan hanya kepada golongan yang memerlukan tetapi juga kepada seluruh komuniti khususnya bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Persatuan Belia MBFM Felda Tenang
Pelbagai inisiatif kerajaan dan agensi-agensinya dirancang bagi melahirkan belia yang berketerampilan dan berwawasan. Di bawah Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Felda Tenang. Pelbagai aktiviti dirangka serta persatuan ditubuhkan untuk para belia di tanah rancangan ini. Selain itu, belia di sini turut aktif dalam Persatuan Kompang dengan melakukan latihan di Balai Persatuan Belia Bestari yang terletak berhampiran gelanggang permainan gasing. Persatuan Kompang Felda Tenang turut dianggotai oleh orang dewasa yang aktif membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan, majlis keraian, majlis formal dan sebagainya. Yang terbaru belia Felda Tenang juga telah menubuhkan Kumpulan Muzik Akustik yang mana mereka sedang giat menjalankan persembahan dan latihan setiap hari bagi meningkatkan lagi mutu persembahan dan nyanyian. Pendek kata, majoriti belia di Felda Tenang gemar menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.
1. Aktiviti Sukan
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Sepak Takraw
- Badminton
- Ping Pong
- Bola Tampar
2. Pertandingan
- Pertandingan Sukan Bola Jaring Peringkat DUN Tenang (JOHAN 2009)
- Pertandingan Kompang Berirama Program IKTIRAF 2009 (NAIB JOHAN)
- Pertandingan BAND di Felda Pemanis (Tempat ke-3)
- Pertandingan Sukan Bola Jaring Program Juara Rakyat Parlimen Labis 2010 (Johan & Naib Johan)
- Pertandingan Sukan Persahabatan Bola jaring/Bola Sepak/Takraw Felda Tenang vs Felda Moakil
- Pertandingan Bola Jaring Sempena Jelajah Iktiraf Wilayah Segamat 2014 (Naib Johan)
- Karnival Sukan JPMM Negeri Johor Bola Jaring (20 Terbaik)
3. Kelab/Persatuan
- Sukan dan Rekreasi
- Mesyuarat bulanan
- Perlawanan persahabatan
4. Kegiatan Kemasyarakatan
- Gotong-royong kawasan di Masjid Annur Felda Tenang Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.
5. Kegiatan Kemahiran
- Seni ukiran Krafkayu yang melahirkan ramai usahawan yang mana hasil kerja kraftangan tersebut dipasarkan secara komersil mengikut permintaan dari dalam dan luar komuniti.
- Seni Pembuatan parang
- Kek dan Kerepek
Bangunan Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenang
Program :“Karnival Sukan Umno Bahagian Labis & Sukan Muafakat Johor 2016”
Tarikh : 16.04.2016 ( Sabtu )
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin Labis
Acara : Sukan Bola Tampar
Pasukan Bola Tampar Felda Tenang
6. Senarai Ahli Persatuan Belia
Pengerusi : Hafizul Bin Md Noh
Naib Pengerusi 1 : Muhamad Syafiq Bin Omar
Naib Pengerusi 2 : Nur Izzah Wahida Binti Abidin
Setiausaha : Mohd Asri Bin Abu Zain
Naib Setiausaha : Nur Fatihah Binti MT Jani
Bendahari : Norul Khusairy Bin Sahrudin
Jawatankuasa Kerja 1 : Mohd Haziq Hamzi Bin Tajudin
Jawatankuasa Kerja 2 : Siti Kharaziah Binti Roslan
Jawatankuasa Kerja 3 : Nur Hazimah Binti Mohd Taim
Jawatankuasa Kerja 4 : Nur Izzlin Syuhada Binti Idris
Jawatankuasa Kerja 5 : Fadhly Hidayat Bin Taupek Hamidi
Jawatankuasa Kerja 6 : Nur Lukman Hakim Bin Borhan
Jawatankuasa Kerja 7 : Nur Izzi Najmi Bin Idris
Pemeriksa Kira-kira 1 : Siti Anum Binti Baharudin
Pemeriksa Kira-kira 2 : Zainul Ariffin Bin Jamal Nasir