Nama : Naufal Nazhan B Nor Hafiz Umur : 9 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang Naufal merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang. Naufal seorang pelajar yang aktif dalam akademik dan kokurikulum. Beliau seorang pelajar yang berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah, rajin dan bercita-cita untuk menjadi pelajar cemerlang. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Felda Tenang, beliau hanya membuat rujukan dengan menggunakan buku rujukan dan latihan yang diberikan oleh guru di sekolah. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Selepas terlibat dengan PI, beliau menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PI dengan sebaik mungkin. Beliau juga sering mengikuti kelas ICT dengan mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Office, English Central, E-learning Online, Kelas Advokasi KDB dan sering memasuki pertandingan atau kuiz yang dianjurkan oleh PI. |