Nama : Nor Syakila Jamaludin Umur : 23 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Syakila merupakan seorang gadis yang berasal daripada Kampung Tenang. Beliau merupakan anak tunggal perempuan daripada 8 adik-beradiknya. Beliau gemar menggunakan Pusat Internet sebagai tempat mencari ilmu dan menggunakan perkhidmatan jalur lebar yang disediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli Pusat Internet beliau kurang pendedahan tentang ICT. Selain itu, beliau juga tidak pernah mengikuti mana-mana kursus tentang ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti menjadi ahli di Pusat Internet. Beliau gemar menggunakan perkhidmatan di sini. Hal ini demikian kerana, kelebihan yang diberikan kepada setiap ahli PI iaitu, 30 minit percuma memberi ruang dan peluang untuk beliau melayari internet. Beliau juga sering mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti Kelas Kecantikan dan Keusahawanan bersama Mary Kay. Dengan itu, beliau secara tidak langsung, beliau telah berjinak-jinak menceburi bidang keusahawanan/perniagaan dan kecantikan. Kini, beliau telah bergiat aktif dalam bidang bidang keusahawanan bersama Mary Kay dan sering mengikuti program yang dianjurkan di Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti, Jom Sihat bersama Pusat Internet, dan lain-lain lagi.