Celik ICT- Nur Izzatuldania Bt Abd Rahim

Kisah Kejayaan | 21 November 2020

 

Nama                     : Nur Izzatuldania Bt Abd Rahim

Ahli                        : 2016

Umur                     : 29 tahun

 

Latar belakang

Pn Nur Izzatuldania seorang peniaga atas talian. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Beliau sering hadir ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet sama ada komputer, potostat, cetakan atau mengikuti sebarang aktiviti di PI Felda Tenang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet pada 2016, beliau kurang mahir dalam pengetahuan ICT. Beliau belum pernah menghadiri sebarang kursus komputer di mana-mana pusat komputer kecuali di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu,beliau memanfaatkan kewujudan Pusat Internet di Felda Tenang dengan menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di sini. Beliau juga menggunakan PI sebagai platform untuk membuat permohonan pekerjaan atas talian iaitu di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan lain-lain. Beliau juga telah mahir menggunakan komputer seperti mengedit gambar, menggunakan perisian Microsoft Word, membuat resume malah mampu mengajar/mendidik rakan-rakannya semasa di PI. Beliau juga menggunakan petugas PI sebagai individu untuk mempromosikan produk jualannya.

  poo