mcmc
Maklumat Setempat

Celik IT (Kelab Kompang Tunas Harapan Felda Tenang

Kompang

Latar Belakang

Kelab Kompang Tunas Harapan Felda Tenang ditubuhkan pada sekitar tahun 2009 oleh En Ismail B hashim. Pada mulanya kelab Kompang ini hanya mempunyai 14 orang ahli sahaja tidak termasuk seorang tenaga pengajar iaitu En Ismail B Hashim.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik ismail menubuhkan kelab ini agar dapat memberi peluang kepada belia dan remaja mempelajari seni kompang dan dapat mengelakkan mereka daripada membuang masa atau berpeleseran dengan tiada hala tujuan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya perkhidmatan pusat internet sekitar 2010 juga banyak membantu kelab ini dalam mencari kepelbagaian rentak lagu kompang melalaui laman sesawang yang disediakan. Kelab ini juga dapat mencari ahli dan mula mempromosikan kelab mereka di dalam Facebook melalui Group anak-anak FelTen. Mereka mula dikenali dan ramai yang mengambil tempahan paluan kompang daripada kelab mereka tidak kira dalam majlis perkahwinan atau majlis rasmi.

Kelab Kompang Tunas Harapan Felda Tenang mula mencipta nama di program Iktiraf 2012 dengan mendapat tempat kedua iatu naib johan. Ianya bole ditonton melalui youtube di https://www.youtube.com/watch?v=pbhzv-8Jj-g&feature=youtube_gdata_player yang dimuatturun oleh salah seorang ahli Pusat Internet di Felda Tenang ini juga.

Kelab kompang Tunas Harapan Felda Tenang ini juga dapat diikuti melalui page Kelab Kompang Tunas Harapan Felda Tenang – Johor di Facebook. Hingga sekarang kelab ini masih lagi diwarisi oleh junior-junior tunas harapan Felda Tenang dan baru-baru ini dalam pertandingan Kompang Dun Tenang,kelab Kompang ini telah mendapat tempat kedua.