mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Noratikah Abd Rasid

celikitnoy

Latar Belakang

Puan Nor Atikah telah mula berjinak-jinak dengan dunia siber sejak di awal penubuhan Pusat jalur lebar lagi. Pada ketika itu beliau masih tercari-cari di mana tempat belajar yang sesuai bagi mengembangkan minatnya. Jadi beliau telah mendaftar ahli pada tahun 2010.Seorang yang celik It sejak dari awal penubuhan sehingga kini masih aktif menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Felda Tenang. Dengan usaha beliau sehingga sekarang beliau telah menubuhkan Kelab Zumba Felten yang diberi nama FELTEN DANCE FITNESS CLUB dan yang terbaru menubuhkan semula Kelab Zapin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet Felda Tenang atau menggunakan perkhidmatan di pusat internet beliau telah mengetahui asas ICT. Walaupun telah mempunyai asas ict beliau masih ingin belajar lebih mendalam dunia ict ini. Jika sebelum ini beliau hanya membeli cd di kedai untuk belajar step atau langkah-langkah dalam berzumba, dengan berbekalkan ilmu yang didapati dari kelas ict (kelas asas Komputer,Kelas website dan Kelas menggunakan youtube)dari Pusat Internet Felda Tenang pada 2010 hingga 2014, pada hujung tahun 2014 beliau telah menubuhkan Kelab Zumba tersebut dengan hanya 3 orang pelatih sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menggunakan perkhidamatan dan belajar dikelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet Felda Tenang, Puan Nor Atikah kini telah maju dua tapak lagi. Di mana kelas Zumba beliau telah mempunyai lebih kurang 30 pelatih yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan kelab tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan sudah menjana keuntungan hasil dari jemputan dan undangan orang awam atau sekolah atau komuniti atau organisasi. 1 sesi Zumba yang diadakan akan dikenakan caj sebanyak RM50 ke RM100 mengikut lokasi. Beliau juga banyak mempromosi kelas Zumba di dalam alam maya iaitu Facebook dan Whtsapp. Malah pada tahun ini beliau mula menubuhkan kelas

Zapin bagi memartabatkan semula tradisi tersebut. Kelas zapin tersebut juga telah mempunyai 12 orang pelatih yang terdiri daripada golongan belia. Dan sehingga kini beliau masih aktif menggunakan perkhidamatan di Pusat Internet Felda Tenang dengan mencari pelbagai rujukan dan idea melalui internet walaupun terpaksa membawa anak untuk belajar menimba ilmu di dada.