mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Sarimah Saleh

celikitsarimah

Latar Belakang

Puan Sarimah Hj Md Salleh merupakan seorang kerani di Pertubuhan Peneroka Felda Tenang dan berumur 49 tahun. Beliau banyak menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet Felda Tenang seperti penggunaan internet, fotostat, mencetak dan sebagainya. Walaupun tugas beliau sebagai kerani berdepan dengan pelbagai tugas yang menuntut beliau menggunakan teknologi komputer yang sedia ada, masih terdapat beberapa perkara yang memerlukan bantuan daripada petugas Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau merupakan pengguna yang tidak celik it pada mulanya.Tugasnya yang memerlukan banyak penggunaan computer menggerakkan beliau untuk belajar di Pusat Internet Felda Tenang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau banyak belajar cara-cara menyelesaikan urusan pekerjaan dengan menggunakan internet dengan bantuan petugas Pusat Internet contohnya dengan membuat caruman online untuk Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Selain itu, beliau sangat aktif di laman sosial iaitu facebook dan banyak menyertai pertandingan masakan dan gubahan (bahan terbuang dan terpakai). Beliau mencari sumber daripada Youtube bagi menghasilkan gubahan yang menarik. Hasil daripada carian tersebut, beliau banyak menjuarai beberapa pertandingan yang disertai. Beliau juga belajar cara-cara memuatnaik gambar dan aktiviti yang dijalankan di laman sosial facebook.