mcmc
Kisah Kejayaan

Celit IT – Puan Noriyana Bt Zakaria

YanaCelikIT

Asas ICT Dan Membuat Emel 

Nama        :   Noriyana Binti Zakaria

Umur        :   30 Tahun

Ahli           :   2016

Latar belakang

Puan Noriyana Binti Zakaria merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mula menceburkan diri dalam bidang ict pada tahun 2016 dan mula menjadi ahli Pusat Internet Felda Tenang pada tahun tersebut juga. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Felda Tenang beliau banyak bertanya untuk belajar mendalami tentang pelajaran pengkomputeran. Beliau tidak mempunyai asas dalam bidang ict. Minatnya yang semakin mendalam untuk belajar asas ict dan dan desakan hati dan keinginan untuk membentuk taraf hidup yang lebih baik dan terjamin beliau mula menjadi ahli pada November 2016 dengan mula belajar di kelas membuat emel. Sejak itu, beliau mula aktif dalam semua aktiviti atau kelas/program yang Pusat Internet Felda Tenang anjurkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas asas komputer yang dipelajari dan  dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tenang, beliau kini telah dikatakan telah mampu menaip dan mencari sesuatu bahan atau maklumat melalui carian google terutama didalam mencari contoh fesyen terkini serta pandai membuat segala dokumentasi sendiri. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan seperti Pengerusi Kumpulan AIM Felda Tenang. Dan dengan semangat untuk terus berjaya Puan Noriyana kini telah berjaya menjadi salah seorang tukang jahit di Felda Tenang. Kejayaan ini dimiliki hasil daripada usaha beliau dalam mendalami ilmu pengkomputeran dan selalu bertanya serta menjadikan bidang ini khususnya dari segi carian bentuk fesyen, cara jahitan dan dokumentasi untuk promosi.

Yana