Pada 14 Disember 2017 yang lepas, Pusat Internet Felda Tenang telah membuka booth untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan pendaftaran ahli bersempena Hari Keluarga Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Tenang bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Tenang. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah pemeriksaan kesihatan (tekanan darah, timbang berat), muatturun aplikasi Dashboard Komuniti dan juga pendaftaran sebagai ahli Pusat Internet Felda Tenang.
Selain itu, untuk program Hari Keluarga GPW tersebut pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya sukaneka,pertandingan gubahan bunga hidup, gubahan ulam ulaman, gubahan tuala dan cabutan bertuah. Program dirasmikan oleh ADUN Tenang iaitu YB Encik Azhar Bin Ibrahim pada sebelah petang.

Gambar sekitar program berlangsung
