mcmc
Laporan Aktiviti

Dashboard Komuniti (Hari Kospen Felda Tenang)

Pada 21 Disember 2017 telah diadakan Pelancaran Kospen bagi peringkat Felda Tenang bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Tenang yang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labis iaitu Datuk Chua Tee Yong yang juga merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pelbagai acara yang telah diadakan antaranya jalan kaki 10000 langkah,saringan kesihatan, senamrobik,pertandingan menu sihat, mewarna 50 tahun ke atas dan cabutan bertuah. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Pusat Internet Felda Tenang mengambil peluang dengan membuka booth untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti, muatturun aplikasi di telefon pintar, E-Waste, pemeriksaan kesihatan(tekanan darah dan timbang berat) juga pendaftaran sebagai ahli Pusat Internet Felda Tenang. Sambuatn yang diterima sangat menggalakkan.

 25550258 1805807292797361 252170572409035614 n

                                                                Gambar sepanjang program

Lagi gambar di sini