Dataran Labis merupakan tempat tumpuan masyarakat Komuniti di mana terdapat pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan di sini sepanjang tahun antaranya Expo Agro dan Pertanian, Karnival Kraf, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Berada di tengah-tengah kawasan bandar Labis menjadikan ia tempat yang sangat strategik.
Di sini juga para peniaga berpeluang menjana pendapatan kerana pada setiap pagi Isnin dan Rabu diadakan pasar tani. Selain itu, pada waktu petang pengguna boleh menjalankan aktiviti riadah samada di kawasan lapang atau di taman permainan berhampiran.