mcmc
Laporan Aktiviti

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Tenang 2019

Tarikh       :     19 Mac 2019 (Selasa)

 Masa        :     7:30 petang – 1:00 petang

 Tempat    :     Pusat Internet Felda Tenang

 Peserta    :     Pengunjung Program

 

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk mempromosikan aplikasi dashboard komuniti kepada penduduk setempat di samping memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Internet terhadap komuniti. Selain itu program ini juga bertujuan untuk mempromosikan latihan-latihan seperti latihan keusahawanan, latihan ICT dan sebagainya. Seterusnya, program ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Tenang dalam membantu membangunkan sosioekonomi setempat dan meningkatkan taraf hidup warga sekitar Felda Tenang.

 

Aktiviti Yang Dijalankan :

Penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti di dalam telefon pintar dan muat turun Dashboard Komuniti. Selain itu, petugas juga memperkenalkan fungsi-fungsi seperti My Place, My Skool, My Komuniti, My Health dan sebagainya kepada pengunjung. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program ini antaranya senaman aerobik, sukaneka iaitu, radio buruk dan permainan getah straw, teka silang kata, puzzle dan mewarna yang dikelolai oleh pihak SSPN, pemeriksaan kesihatan,  taklimat dan pameran agensi seperti SSPN/PTPTN, Ar-Rahnu YaPeim, Kolej Komuniti Segamat, Kraf Felda Tenang, Amanah Saham Nasional Berhad, Maybank, Agro Bank, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, IKS Felda Tenang, latihan kebakaran daripada pihak Balai Bomba Labis dan persembahan Gasing Pangkah daripada wakil Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan Felda Tenang. 

Gambar di sini