Tarikh : 25 Mei 2019 Masa : 10:30 petang – 1:00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Wanita/Belia |
Tujuan
Program ini dilakukan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui tentang emas dengan lebih mendalam. Selain itu, program ini juga dilakukan agar kesemua pengunjung dapat mencuci emas mereka secara percuma. Seterusnya, kami juga ingin merapatkan hubungan silaturrahim antara Pusat Internet, peserta dan pihak Ar-Rahnu Yapiem dan seterusnya menggalakkan kunjungan orang ramai ke Pusat Internet.
Aktiviti
Sebelum aktiviti cuci emas berlangsung, pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti pemeriksaan kesihatan, advokasi teknologi dan anda, dan permainan dam gergasi yang dianjurkan oleh Ar-Rahnu Yapiem. Seterusnya, aktiviti mencuci emas secara bergilir-gilir dan jualan air Origina Dairy dilakukan dan akhir sekali cabutan nombor bertuah dilakukan oleh pihak Ar-Rahnu untuk semua pengunjung yang hadir.