Sejak Pusat Internet (PI) Felda Tenang ditubuhkan sehingga kini, kami mempunyai ahli berdaftar seramai 3059 orang (sehingga 9 Mei 2017) di mana ahli yang berdaftar ini berpeluang menggunakan segala kemudahan yang disediakan antaranya penggunaan internet, fotostat, cetak, laminating dan sebagainya serta mereka juga boleh mengikuti kelas atau pun aktiviti yang kami anjurkan sendiri mahu pun bersama organisasi setempat. Ahli kami terdiri daripada pelbagai golongan bermula dari pelajar sekolah rendah,menengah,lepasan sekolah, belia, dewasa lelaki dan wanita, dan warga emas.