KEMUDAHAN ASAS FELDA TENANG
Dari aspek kemudahan asas, penduduk Felda Tenang telah menikmati kemudahan yang serba lengkap dan selesa. Mereka bukan sahaja boleh menikmati kemudahan bekalan air bersih, malah bekalan elektrik dan talian telefon yang lengkap juga diterima. Jalan raya yang berturap hampir ke segenap kawasan kampung juga memudahkan kenderaan ringan dan berat untuk sampai ke kampung ini. Pihak kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah penduduk di kawasan luar bandar dan sentiasa memastikan mereka mendapat kemudahan yang sama rata. Antara kemudahan asas yang disediakan di Felda Tenang seperti :
Bangunan Belia Felda Tenang
Dewan Semai Bakti Felda Tenang
Gelanggang Futsal
Masjid Jamek An Nur Felda Tenang
Bangunan Komuniti
Perpustakaan Desa Felda Tenang
Gelanggang Gasing Felda Tenang