mcmc
Kesihatan

Kesihatan

Klinik Desa Felda Tenang

Bagi majoriti penduduk di Felda Tenang mengamalkan gaya hidup sihat. Sungguhpun begitu, kata pepatah ‘malang tidak berbau’ sekiranya ada dalam kalangan penduduk yang jatuh sakit dan memerlukan rawatan perubatan, maka Klinik Desa Felda Tenang menjadi tumpuan. Klinik desa ini dikendalikan oleh dua orang Jururawat Masyarakat dan seorang Pembantu Perubatan yang cukup berpengalaman.

Pelbagai kemudahan perubatan disediakan di sini, antaranya perkhidmatan kaunseling kesihatan, pemeriksaan ibu mengandung dan juga rawatan kesihatan kanak-kanak. Klinik desa ini turut menganjurkan pelbagai kempen kesihatan seperti pemeriksaan Papsmear untuk golongan wanita, rawatan gigi untuk kanak-kanak untuk menimbulkan kesedaran kepada penduduk setempat. Antara peralatan yang terdapat di klinik desa ini ialah mesin timbang dan alat pengukur ketinggian. Sebarang masalah kesihatan yang serius akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Labis atau Klinik Kesihatan Air Panas untuk rawatan susulan.

  

  

                                                    Klinik Desa Felda Tenang