mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Azizah Binti Elias

40361921 113105612974423 3571475536683204608 o

Makanan– Pelbagai jenis lauk, kek, aiskrim dan katering

Nama                     : Azizah Binti Elias

Umur                     :  32 tahun


Ahli                        :  2014

 

Latar belakang

Puan Azizah seorang anak jati Felda yang gemar berniaga daripada zaman remaja lagi. Setelah berkahwin, beliau mula membuka perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2010 bersama-sama suaminya di kawasan Felda Tenang dan Labis. Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini mendapat dorongan daripada suaminya untuk memulakan perniagaan katering untuk majlis perkahwinan atau jamuan makan pada musim perayaan dan sebagainya dengan hanya bermodalkan RM 500.00 sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus komputer melainkan pembelajaran komputer di sekolah sahaja. Pada awal permulaan perniagaan juga beliau belum arif dengan penggunaan ICT atau media sosial untuk mempromosikan perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT beliau telah mendapat pelbagai idea untuk meningkatkan lagi pendapatannya. Media sosial seperti Facebook, Whatsapp banyak membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau. Kini, beliau telah mempunyai page di FB dengan memaparkan pelbagai jenis juadah makanan yang menarik. Pusat Internet juga membantu dalam mempromosikan perniagaannya seperti menggunakan khidmat catering mereka dengan menempah pelbagai makanan untuk jamuan makan ketika sesuatu program yang diadakan di PI. Dengan berkat kegigihan dan usaha Puan Azizah dan suaminya, kini mereka mampu untuk memperoleh pendapatan sebanyak RM 2000.00 daripada hasil perniagaannya itu.

 41307140 128001541484830 846564566874718208 n
120908261 668591570759155 4749759726676382643 n WhatsApp Image 2020 11 29 at 11.53.01