Perniagaan makanan Waffle
Nama : Azniza binti Muhammad Azizee Umur : 33 tahun
|
Latar belakang
Puan Azniza merupakan seorang wanita yang berasal daripada Perak. Beliau telah berkahwin dengan anak jati Felda Tenang. Hasil daripada perkahwinannya ini telah dianugerahi 3 orang cahaya mata. Setelah mendapat cahaya mata beliau terfikir untuk menambah pendapatan dan membantu suami. Dengan bermodalkan RM 2,000.00, beliau telah memulakan perniagaan untuk berniaga waffle dengan pelbagai perasa daripada rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet, beliau berniaga di rumah sahaja iaitu dengan keuntungan yang berjumlah RM 400.00 sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam pendidikan ICT tetapi mempunyai keinginan dan minat yang tinggi untuk belajar.Maka dengan kewujudan Pusat Internet beliau kini rajin dan minat dalam melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti latihan keusahawanan dan latihan mic rosoft office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Tenang, kini beliau semakin aktif melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan oleh PI. Selain itu, pendapatan beliau juga semakin meningkat apabila PI membantu mempromosikan perniagaannya. Beliau juga bijak meluaskan lagi perniagaannya dengan menjual wafflenya dalam talian menggunakan whatsap group dan FB Page mahupun bersemuka. Dengan kegigihan dan usaha dalam bidang perniagaan, beliau telah mampu berpendapatan bulanan 2 kali ganda daripada sebelumnya dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada sebelumnya dengan keuntungan lebih kurang sebanyak RM 800.00 sebulan.