mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Farrah Normawardah Binti Rosman

83731219 3007105249337932 3828628376219649827 o

Makanan – Biskut red velvet

Jam tangan, minyak wangi, personal shopper

Nama                     : Farrah Normawardah Bt  Rosman

Umur                     :  26 tahun


Ahli                        :  2010

 

Latar belakang

Mawar merupakan seorang suri rumah tangga yang berasal daripada Felda Tenang. Beliau mempunyai seorang cahaya mata dan sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Usaha beliau telah mendapat sokongan daripada suaminya. Beliau mula berjinak dalam bidang perniagaan pada tahun 2018 dengan menjadi personal shopper barangan perhiasan, kemudiannya beliau beralih pula kepada perniagaan atas talian seperti menjual jam tangan, minyak wangi, dan dealer Sendayu Tinggi.  Melihat pendapatan yang lumayan yang boleh diperoleh daripada berniaga, beliau telah menjadi semangat untuk berniaga dan mula membuat biskut red velvet dengan olahan resepinya sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pelanggan beliau ialah jiran-jiran terdekat dan sahabat handai. Permulaan modalnya adalah kira-kira RM 200.00.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menggunakan khidmat ICT, iaitu memasarkan atau mengiklankan produk jualannya di laman social Facebook dan Instagram miliknya.  Dengan penggunaan ayat yang baik dan menarik minat pembaca, beliau dapat menarik minat pelanggan untuk membeli barangan yang dijual olehnya. Beliau bijak menggunakan ilmu ICT dan teknologi seperti telefon pintar yang dimiliki. Pelanggan beliau juga telah meningkat dan turut menerima pesanan tempahan biskut mahupun jam tangan dan barangan lain menerusi Whatsapp, Facebook dan Instagram. Beliau juga bijak menggunakan peluang yang ada untuk menarik pelanggannya dengan melakukan perkhidmatan penghantaran ke rumah-rumah pelanggannya. Dengan bantuan pengiklanan/hebahan/promosi menerusi Facebook rasmi Pusat Internet Felda Tenang, tempahan yang diperolehi mampu mencecah 50 balang dalam tempoh beberapa hari sahaja. 

 WhatsApp Image 2020 07 07 at 22.24.05

WhatsApp Image 2020 07 08 at 13.12.58 WhatsApp Image 2020 07 08 at 13.13.03