mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan-Hasya Nur Saida Bt Mohd Hader

Q4 SAIDA 2018 4

 Perniagaan barangan bayi, barut, bedung dan lain-lain lagi

 

Nama                       : Hasya Nur Saida Bt Mohd Hader

Umur                        :  28 tahun

Ahli                           2016

 

Latar belakang

Puan Hasya Nur Saida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai 3 orang anak dan mula menceburkan diri dalam bidang pakaian bayi sejak tahun 2014 lagi secara kecil-kecialan dan mula mengorak langkah menceburi perniagaan perkhidmatan kantin sekolah rendah pada awal tahun 2018. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet Felda Tenang pada tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli Pusat Internet beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus tentang ICT, dan hanya bergantung pada pembelajaran di sekolah sahaja. Beliau hanya mempunyai asas dalam bidang pengkomputeran. Minatnya yang semakin mendalam untuk belajar asas ICT telah mendorong beliau untuk menjadi ahli di Pusat Internet ini. Setelah beberapa lama beliau mengikuti kelas yang dianjurkan di sini, beliau mula menunjukkan minat untuk mengikuti Kelas keusahawanan  Sejak itu, beliau mula aktif dalam semua aktiviti atau kelas/program yang Pusat Internet Felda Tenang anjurkan. Pada permulaannya beliau langsung tidak mempunyai pendapatan namun, setelah didorong perasaan minat dalam perniagaan, beliau aktif mencari peluang dalam bidang tersebut. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti kelas dan latihan keusahawanan serta kelas asas komputer yang dianjurkan dan bimbingan oleh Pusat Internet Felda Tenang, kini beliau telah mampu menaip dan menggunakan pelbagai kaedah untuk berniaga. Beliau juga pandai menjadi ejen dropship untuk jualan pelbagai barangan bayi bagi menjana pendapatannya. Puan Saida juga telah berjaya menjadi salah seorang pengerusi kelab Bola jarring dan bergiat aktif mempromosikan kelab tersebut kepada khalayak di media sosial seperti Instagram dan Facebook. Beliau juga berjaya mendapatkan tender kantin sekolah rendah bagi meluaskan bakat dalam bidang masakannya dan mempertingkatkan lagi pendapatan keluarganya. Kejayaan ini menjadikan beliau mampu berpendapatan bulanan paling tidak kurang dari RM 2,000.00 sebulan.

 

 Q4 SAIDA 2018 2

 

Q4 SAIDA 2018 1  Q4 SAIDA 2018 3