Perniagaan food truck dan STG Hai-0
Nama : Marlena binti Jasman Umur : 45 tahun
|
Latar belakang
Puan Marlena merupakan seorang wanita yang berasal daripada Jementah, Segamat. Beliau telah berkahwin dengan anak jati Felda Tenang. Hasil daripada perkahwinannya ini telah dianugerahi 3 orang cahaya mata. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu tadbir di Pejabat Pendidikan Daerah Seremban Negeri Sembilan. Setelah beberapa tahun berkhidmat, beliau telah meletakkan jawatan dan menceburi bidang perniagaan bersama-sama suaminya. Dengan bermodalkan RM 50,000.00, beliau telah memulakan perniagaan untuk berniaga waffle, aiskrim, ais blanded dengan Food Truck.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet, beliau berniaga di tapak pasar malam iaitu di kawasan Labis dan Segamat dengan keuntungan yang berjumlah RM 1,000.00 sahaja. Beliau memiliki kemahiran berkomputer namun kurang mahir. Dengan kewujudan Pusat Internet beliau rajin dan minat dalam melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Tenang, kini beliau semakin aktif melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan oleh PI. Selain itu, pendapatan beliau juga semakin meningkat apabila PI membantu mempromosikan perniagaannya. Beliau juga bijak meluaskan lagi perniagaannya dengan menjual produk STG Hai-O kepada rakan-rakannya sama ada secara dalam talian mahupun bersemuka. Dengan kegigihan dan usaha dalam bidang perniagaan, beliau telah mampu berpendapatan bulanan 2 kali ganda daripada sebelumnya dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada sebelumnya dengan keuntungan lebih kurang sebanyak RM 2,000.00.