Latar Belakang
Pn Noratikah telah mengusahakan perkhidamatan inai dan tahu terbalik sejak bujang lagi secara kecil-kecilan. Tahu terbalik yang dijual hanya melalaui tempahan jiran sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan sekitar 5 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tenang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil nukilan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh kampung dan daerah yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM1000.