Perniagaan- Menjual makanan basah dan kedai runcit: Pelbagai jenis makanan panas, roti john, murtabak dan pelbagai jenis keperluan dapur
Nama : Norhafiza Bin Jamaludin Umur : 32 tahun
|
Latar belakang
Hafiza merupakan anak jati Felda Moakil. Beliau telah berkahwin dengan seorang pemuda di Felda Tenang dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Kini, beliau telah menetap di Felda Tenang dan berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan di rumahnya. Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai minat untuk berniaga, beliau telah menceburi bidang perniagaan dengan membantu ibu mertuanya yang pada asalnya berniaga lauk-pauk di hadapan rumah. Melihat pendapatan yang lumayan yang boleh diperoleh daripada berniaga dan pengalaman membantu perniagaan ibu mertuanya telah menjadi semangat untuk beliau berniaga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, pelanggan mereka ialah jiran-jiran terdekat dan sahabat handai. Beliau juga kurang pengetahuan yang berkaitan ICT dan penggunaan computer. Pendapatannya pada ketika itu hanya RM 200.00 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT beliau dapat mempromosikan lauk-pauk yang dijual di dalam aplikasi Whatsapp dan meuar-uarkan produk perniagaannya dalam aplikasi tersebut. Selain itu, setelah penglibatan beliau dalam PI, banyak perubahan yang diperoleh. Beliau menggunakan ilmu ICT dan perkomputeran yang dimiliki seperti berjaya membuat iklan tentang penjualan produk mereka sendiri. Pelanggan mereka juga telah meningkat dan turut menerima pesanan menerusi Whatsapp dan melakukan perkhidmatan penghantaran ke rumah-rumah pelanggan menjadikan pendapatan meningkat dua kali ganda daripada sebelumnya iaitu dalam lebih kurang Rm 500.00.