mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Norhazilawati

usahawanwati

Latar Belakang

Pn Nor Hazilawati telah menjual produk kayu kayan bersama suami secara kecil-kecilan disekitar Felda Tenang. Mula meminati produk ini bersama sejak 5 tahun yang lalu. Produk yang dihasilkan dijual di pasar melalui kenalan kampung sahaja.

Usahawan sepenuh masa bagi produk kayu kayan.Menghasilkan produk berasaskan kayu cengal,merbau,giam bahi penghasilan bangku laman,meja makan dll. Nama syarikat produk kayu warisan enterprise.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sebanyak 10 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan dan Kelas klik dengan bijak serta kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tenang, beliau kini telah memiliki page di facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk kayu kayan mereka di serata negeri dan negara. Pelanggan beliau adalah dari seluruh negeri/negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM5000 – RM10000.