mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan-Noriyana binti Zakaria

WhatsApp Image 2019 07 18 at 15.35.54

Kraf tangan – Membuat key chain dan bekas pensel

Jahitan – Menerima tempahan pakaian wanita

Nama                     : Noriyana binti Zakaria

Umur                      :  31 tahun


Ahli             
            2016

 

Latar belakang

Noriyana berasal daripada Teluk Intan, Perak. Beliau telah berkahwin dengan suaminya yang berasal daripada Muar dan menetap di Felda Tenang. Beliau mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang jahitan pakaian wanita daripada Giat Mara Perak, Yayasan Beliawanis Ipoh, Perak dan Akademik Jahitan Khamsiah di Selangor.   Kini, beliau telah menetap di Felda Tenang dan berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan di rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI, beliau menjadi pembantu kepada jirannya yang merupakan seorang penjahit pakaian. Dengan pengalaman menjadi pembantu penjahit tersebut, beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM 200.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT beliau telah menerima tempahan menjahit pakaian sendiri yang dipelajari dan mempelajari daripada Youtube di Pusat Internet. Selain itu, beliau juga menggunakan wifi kampung untuk mempelajari cara-cara menjahit beg pencil, beg dan keychain untuk menambah pendapatan. Dengan itu, beliau telah memperoleh pendapatan sebanyak RM 1500.00 sebulan hasil usaha keras beliau untuk menjana pendapatan keluarga.

 

  WhatsApp Image 2019 07 18 at 15.35.54 1
WhatsApp Image 2019 07 18 at 15.35.53 1  WhatsApp Image 2019 07 18 at 15.35.54 2