Makanan– Cheese tart, Kek marble, Giant cheese tart, Pelbagai jenis kek
Nama : Normaslinda Binti Azmi Umur : 34 tahun
|
Latar belakang
Puan Maslinda merupakan anak jati Usaha Jaya dan juga merupakan bekas Penolong Pengurus di Pusat Internet Felda Tenang ini. Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Beliau begitu minat dalam bidang pembuatan cheesetart ini bermula dengan niat untuk memberi kudapan anak-anak. Tetapi hasil dari siaran gambar di status whtsap dan facebook, cheese tart beliau mula mendapat tempahan daripada kenalan. Perniagaan sampingan dan kecil-kecilan ini dibuat mengikut tempahan yang diterima setiap hari kecuali Jumaat. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tersebut ke rumah-rumah pelanggan dengan kadar penghantaran percuma untuk 2 item tempahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT yang meluas, pelanggan mereka ialah jiran-jiran terdekat dan sahabat handai. Pendapatan bulanan kira-kira 100.00 ke 150.00 ringgit. Jumlah produk yang dihasilkan meningkat dari bulan ke bulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah penglibatan beliau dalam PI secara langsung dan tidak langsung dan kecekapan beliau meggunakan pengalaman bekerja di sini untuk memasarkan dan promosi di pelbagai medium media sosial, beliau sering mendapat tempahan dari orang ramai tidak kira kawasan misalnya, Felda Tenang, Pekan Air Panas,Felda Chemplak, Labis dan Chaah serta kawasan sekitarnya. Beliau giat memuat naik gambar jualannya di Facebook, dan Whatsapp status miliknya dan keluarga. Peningkatan pelbagai bentuk/produknya selari dengan peningkatan pendapatan dan hasil jualannya dengan meningkat dua kali ganda daripada permulaannya menjadi RM 200 ke RM 400 sebulan.