mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan-Norsakila Binti Abu Bakar

syakila

Makanan basah

Penghantaran makanan dari rumah ke rumah : Tauhu begedel, pelbagai aneka makanan barat, dan lain-lain lagi.

Nama                     :Norsakila Binti Abu Bakar

Umur                     :  34 tahun


Ahli                        :  2016

 

Latar belakang

Puan Sakila merupakan anak jati Felda Tenang dan menetap di Felda ini. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau begitu minat dalam bidang perniagaan dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau bersama keluarganya telah membuka perniagaan secara kecil-kecilan dan memiliki sebuah kedai di dalam Felda Tenang. Perniagaan ini beroperasi setiap hari dari pagi hingga lewat malam yang sentiasa dikunjungi oleh pelanggan tidak kira umur. Beliau bersama-sama ahli keluarga menjual makanan basah misalnya, roti canai, pelbagai jenis nasi goring, tauhu bergedel, spegetti, ayam grill, set talam (ayam grill, kentang goreng, spegetti), periuk kera dan pelbagai jenis air minuman. Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah-rumah pelanggan dengan kadar penghantaran percuma untuk 2 item tempahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pelanggan mereka ialah jiran-jiran terdekat dan sahabat handai. Pendapatan bulanan kira-kira 100.00-200.00 ringgit. Jumlah produk yang dihasilkan meningkat dari bulan ke bulan. Mereka juga giat mengeluarkan pelbagai jenis aneka makanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Setelah penglibatan beliau dalam PI, beliau sering mendapat tempahan dari orang ramai tidak kira kawasan misalnya, Felda Tenang, Pekan Air Panas,Felda Chemplak, Labis dan Chaah serta kawasan sekitarnya.  Beliau giat memuat naik gambar jualannya di Facebook, dan Whatsapp status miliknya dan keluarga. Peningkatan pelbagai bentuk/produknya selari dengan peningkatan pendapatan dan hasil jualannya dengan meningkat dua kali ganda daripada permulaannya.

 syakilla

Q1 2020 SYAKILA 2 Q1 2020 SYAKILA 3